Sembah salam
Sencular De Barramade
di bawah langit Sepanyol
September 20, 1519.
Desir angin berangkat
angkatan Ferdinand
Magellan terlalu sayu
membawa aku
membelahi alam
Nusantara,
seorang aku anak Timur
penuh nostalgia tanah bunda
seorang aku anak Timur
penuh nostalgia tanah bunda
terdampar di sini
dibawa gelora
Selat Melaka 1511.
Aku,
Panglima Awang
menyarung baju barat
buat harga secebis nyawa
dibawa gelora
Selat Melaka 1511.
Aku,
Panglima Awang
menyarung baju barat
buat harga secebis nyawa
Aku berterima kasih
pada perang mengajar
melihat seluruh buana,
pada perang mengajar
melihat seluruh buana,
menjadi kerdil aku
di sisi Tuhan.
Nusantara dalam lembut bayu timur,
di sisi Tuhan.
Nusantara dalam lembut bayu timur,
berilah sekeping simpatimu
bagi membayar kelelahanku di lautan.
bagi membayar kelelahanku di lautan.
Telah kuhadiahkan Pulau Guam
sebagai tugu bukti kesinambungan kita.
sebagai tugu bukti kesinambungan kita.
Nusantara, aku kepingin
merasai lembut bayu timurmu!
merasai lembut bayu timurmu!
ZABIDIN HJ ISMAIL
Gurpemuisi Karyawan Pk
(Mingguan Watan, 2 Julai 1995)
_______________
(*) The Huschinson Encyclopedia, London, 1988 m.s. 746
No comments:
Post a Comment